Kek Kahwin Shah Alam – Zee leka bina kek

13 March 2011 in Blog

Kosmo Ahad 13 Mac 2011

Jurnal

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN

zee-kosmo

DALAM majlis sambutan ulang tahun kelahiran atau majlis resepsi perkahwinan, acara memotong kek dianggap sebagai momen kemuncak yang dinanti-nantikan.

Jika 10 atau 15 tahun dahulu, tradisi memotong atau memakan kek hanya dilihat pada hari-hari istimewa dan masih menjadi pilihan kedua selepas pulut kuning, kini keadaan telah berubah.

Sudah banyak kedai kek atau kafe yang menyediakan hidangan kek untuk masa santai seperti minum petang. Ini tidak termasuk pengusaha yang membakar kek di rumah dan menjualnya di laman maya seperti blog.

Antara individu yang aktif menjual kek di laman maya ialah Zee Helena Abdul Rahman, 32.

Ditegur

Dia yang tidak mempunyai pendidikan khusus dalam bidang pastri atau kulinari memilih untuk melepaskan jawatannya sebagai pegawai teknologi maklumat (IT) di sebuah syarikat di ibu kota dan mula membakar kek dan menjualnya di blog.

“Saya memang suka ke dapur, lebih-lebih lagi kalau dapat peluang membuat kek.

“Kebetulan, di kawasan rumah sewa semasa menuntut dahulu, ada seorang mak cik yang kerjanya membuat kek.

“Hari-hari saya menghidu bau harum daripada dapur rumahnya.

“ Lantas, saya beranikan diri untuk berjumpa dengan mak cik tersebut dan menyatakan kesanggupan saya menjadi pembantunya.

“Sejak itu, saya akan ke rumahnya tiga atau empat hari dalam seminggu untuk belajar dan membantunya membuat kek,” ujar ibu kepada seorang anak lelaki ini.

Mula fokus kepada perniagaan kek dari rumah sejak dua tahun kebelakangan ini, Zee cuba mengambil sebanyak mana peluang untuk memantapkan hasil kerja tangannya.

“Alhamdulillah, tentang rasa, memang ramai yang kata kek saya tidak terlalu manis, ringan dan gebu. Jika kek buah, ia tahan hingga berbulan-bulan.

“Pernah sekali ada pelanggan tegur bunga hiasan di atas kek nampak kurang stabil. Walaupun teguran itu bukan satu isu besar, saya tidak pandang remeh.

“Saya cari peluang untuk belajar hias kek dan kini sedang menjalani kursus tahap dua menghias kek di International Academy of Color Conciousness (IACC) di Damansara.

“Selepas belajar teknik yang betul, hasil yang diperoleh jauh beza daripada sebelum ini,” ujarnya.

Tidak menolak pandangan masyarakat bahawa kek mudah dihasilkan, Zee memiliki pendapat yang berlainan.

“Mungkin ramai beranggapan kek akan ‘menjadi’ jika adunan bahan-bahannya tepat dan dibakar dengan suhu sepatutnya.

“Namun, sebenarnya, membuat kek tidak semudah itu. Untuk kek yang besar seperti kek perkahwinan atau kek hantaran yang bertingkat-tingkat, kerjanya lebih rumit.

“Cita rasa pelanggan memang berbagai-bagai. Ada pelanggan tidak mahu kek dicampur dengan telur, ada juga yang minta jangan gunakan tepung gandum.

Bertingkat

“Ada yang mahukan kek bertingkat yang nampak seperti bercantum dan ada juga yang mahu ia kelihatan terpisah,” katanya yang sering dibantu suami, Muhammad Saufi Maarof, 31.

Menurut Zee, teknik mencantum kek tidak mudah. Jika kek paling bawah tidak dibina dengan betul, ia akan memberi kesan kepada kek-kek lain yang berada di atasnya.

“Untuk membuat lubang pada kek juga tidak boleh sembarangan kerana ditakuti kek akan merekah dan membuatkan kek di tingkat atas tidak stabil,” katanya yang sering mendapat tempahan kek perkahwinan setinggi lima tingkat.

Kagum dengan hasil kreativiti Zee menggubah bunga daripada krim khas, anak kelahiran Johor Bahru, Johor ini amat menjaga kualiti hiasan keknya.

Dia yang minat melukis sejak kecil sedikit pun tidak kekok mencantikkan sebuah kek kosong kepada kek yang mewah dan eksklusif.

Dengan bentuk seperti bantal yang dihias dengan reben besar, ataupun kek tiga tingkat bercantum dengan hiasan ala hidupan marin, Zee akui dia cukup asyik apabila menghias kek.

“Memang sedikit sukar kerana kita perlu berhati-hati terutama ketika menyalut kek dengan krim khas atau doh fondan yang telah dicanai,” katanya.

Memberi tumpuan kepada pasaran di sekitar Lembah Klang, melalui blog cakes.cent2u.com, Zee menyediakan tiga jenis asas kek iaitu kek buah, kek coklat lembap dan kek mentega pada harga yang berpatutan.

“Kek seberat dua kilogram yang dihias secara asas dijual dijual pada harga serendah RM110.

“Jika pelanggan mahu kek dihias dengan tema yang mereka mahukan, harganya boleh dirunding,” ujarnya.

Bookmark and Share
13 March 2011 Blog

1 Comment to Kek Kahwin Shah Alam – Zee leka bina kek

  1. Cool blog,looking to communicate

  2. Kristin on 15 February 2012

Leave a comment



RAIKAN MAJLIS ANDA BERSAMA

Zee Helena

Create Your Badge

Designs

Sila layari galeri dan pilih mana-mana design atau dekorasi kek yang bersesuaian dengan majlis anda.

Anda juga boleh menghubungi saya dan memberi sebarang idea untuk kek anda.

Harga

Semua harga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM). Caj penghantaran bergantung pada tarikh, masa dan lokasi.

Tempahan

Untuk sebarang tempahan segera, sila hubungi / SMS saya, Zee Helena di 017-7908912 atau email zeehelena[at]gmail.com

Butiran Tempahan

Sertakan butiran berikut bagi memudahkan proses penghantaran email untuk senarai /detail serta harga kek kepada anda.

1. Nama:

2. No telefon:

3. Design cake: sekiranya ada berikan contoh gambar

4. Tema/warna untuk kek majlis:

5. Perisa cake: moist choc/ buttervanilla / fruit cake

6. Jenis frosting: fondant/ buttercream / chocolate

7. Lain-lain info yang berguna

Penghantaran/ Self Pick

Penghantaran kek hanya pada HUJUNG MINGGU SAHAJA dan caj mengikut lokasi

Self Pick hanya di KFC Setia Alam dan Petronas A&W Seksyen7, Shah Alam

Penghantaran / Self pick hanya dibuat pada masa yang telah ditetapkan melalui perbincangan dengan pihak cent2u.com.

PENGUMUMAN

Salam ceria! Dialu-alukan kepada semua bridal/wedding planner, caterer, event management untuk menjalankan usahasama perniagaan dengan kami di cakes cent2u. Sekian, terima kasih.

Cake Order for 2015 / Tempahan kek untuk 2015

Sila email / WhatsApp pertanyaan kek kepada:


Zee Helena

email1: zee@cent2u.com
email2: zeehelena@gmail.com
Atau
mobile: 017-7908912


Harap maklum.




Kategori

Hubungi Kami


View Larger Map





SMS/ WhatsApp atau hubungi

Zee Helena 017-7908912

zeehelena[at]gmail.com / zee[at]cent2u.com

facebook: Zee Helena

facebook FanPage: cakes.cent2u.com

Pinterest: https://www.pinterest.com/zeehelena/cakes-by-zee-helena/